www.hrdlog.net
Monday, February 25, 2008
bersua lagi di arena blogger ini, ramai diantara kita pernah mendengar atau terjumpa dengan laman web yang memperkenalkan hobi radio ini sebagai satu aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan sehobi, disamping banyak lagi komuniti radio amatur yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM (MCMC). Yang mana tujuan asalnya memberi peluang kepada penggemar komunikasi radio dua hala supaya dapat belajar dan dididik dengan cara-cara atau etika penggunaan radio dua hala dengan betul , mengikut kehendak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM, dengan ini secara tidak langsung dapat mencegah mereka dari memancar atau menggunakan radas komunikasi secara salah dibawah Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia. Ini adalah satu peluang keemasan bagi mereka yg meminatinya agar dapat mengembangkan lagi minat serta mendalami ilmu berkaitan komunikasi dua hala. Jadi pilihan terletak ditangan anda , buatlah pilihan dengan bijak, kerana peluang hanya datang sekali sahaja.
bagi diri saya, saya amat menggalakkan supaya rakan-rakan rebutlah peluang ini, kerana semasa saya mula meminati hobi ini, saya tidak mendapat peluang yang sebegini, disamping dapat berbual sesama rakan , dapat menmbiasakan diri dalam perbualan harian serta memahami batasan dan etika dalam komunikasi
Satu contoh terbaik yang saya dapat berikan adalah SCS Communication & Sports, yang mana ahlinya yang berdaftar boleh berkomunikasi bersama rakan ahlinya dan juga termasuk isteri dan anak-anak ahli, ini secara tidak langsung dapat merapatkan tali siratullrahim antara ahli dan keluarga mereka, disamping aktiviti riadah seperti ,Konvoi 4x4, jungle trekking dan tidak terkecuali aktiviti sukan menembak.
sungguh hebat rakan-rakan sehobi kita ini, jadi bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web http://www.scs.net.my, sehingga bersua lagi , 73 ,Enjoy the hobby, let the stress gone, cherioooo.
Friday, February 22, 2008
Antenna Tuner Icom AT-120
Apa khabar semua rakan sehobi. Walaupun laman blog belum siap sepenuhnya, akan tetapi banyak yang hendak saya kongsi bersama rakan -rakan yang meminati radio transmitter,receiver ataupun Transceiver. Transceiver membawa maksud gabungan antara dwi fungsi radio dalam satu unit.
Transmitter dan Receiver,pemancar dan penerima, dalam maksud bahasa jerman, receiver/empfangsgerat dan transmitter/sendegerat. Kalau ada salah dan silap harap maafkan saya.
Jadi , pada kali ini saya membawa anda semua ke satu lagi alatan atau aksesori bagi transceiver ini." Automatic Antenna Tuner". Anda akan perlukan antenna tuner jika anda hendakkan antenna matching @ sepadan dengan frekuensi yang anda telah ukur pada kepanjangan dipole anda secara kiraan dasar .sebagai contoh , sila lihat gambar yang saya sertakan, gambar tersebut adalah jenis Automatic Tuner , ICOM AT 120,disamping saya sertakan sekali gambar manual tuner MFJ 949E,
Super Duper canggih......Yaesu FT 897D
Bersua kita lagi,untuk kali ini rakan-rakan semua, saya ketengahkan kehebatan rig yg tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan jenama lain, seangkatan dengannya. Yaesu FT 897D, All band, all mode, dari SSB (upper side band/lower side band,RTTY,CW,AM dan FM) merangkumi semua band amatur dari 160m,80m,40m,20m,10m,6m,2m dan akhir sekali 70cm, dengan aksesori tambahan FC-30 untuk automatic antenna tuner, FC-40 untuk longwire antenna, bateri pack,power supply dan lain-lain aksesori.Bagi rakan rakan yg gemarkan aktiviti lasak serta aktiviti jungle trekking menggunakan 4x4, rig ini boleh digunakan tanpa menggunakan power supply, tetapi dengan hanya menggunakan bateri pack yg boleh dipasangkan kedalam rig ini, ternyata rig ini amat sesuai sekali bagi aktiviti luaran. setakat ini rig tersebut belum pernah menghampakan saya setakat ini. Hebat sekali keluaran canggih Yaesu, Two thumbs up, setakat inilah saja review saya untuk kali ini, 73 cheerioooo.
AN-PRC 25 & AN-PRC 77
kembali saya disini untuk berkongsi idea untuk proses restorasi. Pengenalan kali ini dengan pekakasan yg dinamakan AN-PRC 25 atau AN-PRC 77, jenis ini dipanggil Manpack atau backpack, digunakan semasa era perang Vietnam, cuma perbezaan diantara dua jenis ini adalah bahagian Final Amplifier untuk peringkat RF, Perbezaan diluaran tiada langsung perubahan baik jenis AN-PRC 25 dan AN-PRC 77. AN-PRC 25 menggunakan electron tube bagi peringkat final RF, dan bagi AN-PRC 77 pula menggunakan semiconductor @ Transistor di peringkat final RF, lihat gambar yg disediakan.....! Enjoy the picture...!
Wednesday, February 20, 2008
Mari membuat sendiri.....
pernah mendengar Homebrew, mungkin ada yang pernah mendengar dan ada juga yg tidak pernah, ini adalah merujuk kepada sesuatu rekaan atau rekacipta dengan hasil kerjatangan sendiri. Membuat antenna sendiri,mungkin ada yang mengatakan susah atau rumit untuk membuatnya........Tetapi belum try belum tahu, mari kita lihat apa yang boleh dibuat tanpa mengeluarkan modal yang banyak, akan tetapi mudah serta menjimatkan kos.......Tentu best!
Sunday, February 17, 2008
Hasil Daya Kreativiti
Assalamualaikum, kepada semua rakan sehobi, ini adalah hasil daripada kegigihan , ketekunan dan kreativiti yg tinggi dalam mereka cipta sesuatu dari barangan terbuang, sungguh bertuah andainya diriku jua mempunyai daya kreativiti seperti para sahabat sehobiku, walaupun langsung tidak mempunyai segulung ijazah, tetapi mampu mereka mencipta sesuatu yang hebat. Walaupun aku amat kagum dengan hasil ciptaan sebegini, namun aku jua meminati proses restorasi terhadap peralatan komunikasi lama, sesungguhnya aku masih mencari-cari jika ada diantara kita yang juga meminati proses restorasi dapat bertukar-tukar informasi dan maklumat teknikal terhadap alatan tersebut. Walaupun ada diantara alatan tersebut tiada dalam simpananku, tapi demi hobi ini aku mencuba dokumentasikan apa jua maklumat yg dapat ku perolehi seperti gambar maklumat teknikal dan termasuk gambar alatan tersebut. Setakat ini sajalah coretanku, sehingga bersua lagi , assalamualaikum, 73
Monday, February 11, 2008
Hobi masa lapangku
Assalamualaikum kepada semua rakan sehobiku, apa khabar semua , diharapkan semua sihat sejahtera di samping keluarga. Buat semua rakan yg meminati hobi radio komunikasi, keseronokan berbual sesama rakan sehobi , amat mengasyikkan sehingga hilang penat yang terasa di waktu kerja seharian. Buat rakan - rakan sehobi, walaupun diriku hanya berbekalkan sekeping Apparatus Assignment, akan tetapi aku terasa amat puas sekali jika dapat berbual sesama rakan sehobiku tidak kira dimana jua berada, baik dirumah atau portable masakan semasa memandu, rakan sehobiku tidak pernah mengenal erti jemu dalam komunikasi dua hala, aku jua tidak pernah terasa jemu dengan hobi masa lapangku, aku juga amat meminati dalam hobiku menyimpan segala alat komunikasi dua hala yg lama, dengan harapan masih ada rakan sehobi yang sama denganku, untuk restorasi , agar generasi seterusnya akan meminati dan meneruskannya sehingga ke generasi yang akan datang, ku terasa puas sekali dikala ku menatap sekelumit koleksiku, barangkali , jika ada rakan sehobiku yang meminatinya , teruskan demi hobi masa lapang, salam 73
Subscribe to:
Posts (Atom)