www.hrdlog.net

Wednesday, July 9, 2008

Yagi 10Mtr band

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada rakan semua. Hari nie setelah sekian lama menunggu,akhirnya berjaya juga menaikkan antenna Yagi 10mtr homebrew. Besar gedabak juga Antenna nie,tetapi ini mungkin kali pertama aku ingin pula mencuba kelainan didalam penggunaan antenna, dan nak tengok keberkesanan dan juga keupayaan antenna nie bekerja. Mungkin ini adalah hasil kerjaku yang terakhir untuk tahun nie kut, maklumlah, tak lama lagi aku mulai mengikuti kursus, Teknikal Komunikasi Gred 2, bermula pada tanggal 14hb Julai ini hingga 12hb Sept. (Bulan puasa lak tuh)

Habis kursus tuh, berdebar lak menunggu keputusan peperiksaan final, tak lulus......bermakna takde ler kenaikan dalam elaun, kena ulang semula.......harap2 lulus ler.

Cuma yang agak janggal tentang antenna yagi nie, kalau secara serius, perlukan Rotator/pemutar yang akan mengerakkan antenna itu berputar mencari arah untuk pemancaran, akan tetapi , masih belum berkesempatan mendapatkan satu antenna rotator, barangkali perancangan tahun hadapan ,hehehehehehe. Ttg gambar yagi yg aku siap assembly, mungkin akan diupdated tak lama lagi.Ok, diharapkan rakan-rakan yg telah menduduki peperiksaan radio amatur yg lepas, lulus dan mendapat callsign amatur yg diidamkan, semoga berpanjangan hobi ini dan cuba mengeksplorasi setiap ruang yg ada didalam radio amatur. Cheriooo, 73 semua. Jumpa lagiiii!!!

Wednesday, July 2, 2008

e QSL


Thanks Mr Joel E. Chalmes for our contact on 10mtr band, Receiving you 5/9. Hope to work with you again on 10mtr band. Thanks, 73, Cheriooo.