www.hrdlog.net
Monday, March 2, 2009
Fontek FM2502 Mods
Apa khabar dan Assalamualaikum kepada pengunjung setia blog yang tak seberapa nie. Kali ini saya bawakan satu lagi info menarik untuk dikongsi bersama, Ya, jenis Rig yang jarang dijumpai, Fontek FM2502, spesifikasinya belum lagi diperolehi, tetapi menurut empunya , Rig ini berkendali dijulat Frekuensi VHF, Jika ada dikalangan anda yang tahu atau mempunyai sebarang info ttg Rig ini, boleh hantarkan komen anda, @ info yang anda tahu supaya kita sama2 berkongsi pengetahuan . Yang agak menarik tentang Rig ini, cara untuk mendapatkan Frekuensi Tx dan juga Rx, ianya boleh dilakukan dengan mengubah kedudukan Diode Matrik di atas satu papan litar yang mana dengan kaedah tersebut akan dapat menghasilkan Frekuensi yg sesuai untuk digunakan semasa Tx dan Rx. Ini pastinya sesuatu yang agak menarik jika kita dapat mengubah suai kedudukan Diode tersebut agar dapat menetapkan frekuensi yang sesuai untuk digunakan. Harapan saya agar ada dikalangan pengemar Rig lama , sudi berkongsi pengetahuan sesama kita. Jumpa lagi , 73 Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)