www.hrdlog.net

Sunday, October 19, 2008

Local Propagation on 10mtr Band


Assalamualaikum, buat penggemar radio HF yg beroperasi di 10mtr band, Dua minggu sudah, propogasi semakin baik untuk membolehkan rakan rakan lokal dapat beroperasi di 10mtr band. Bagi saya yang juga meminati komunikasi di 10mtr band untuk kesekian kalinya saya dapat bekerja dengan satu lokal station dari Sabah. Beliau adalah 9W6SUE, atau lebih mesra dengan panggilan Bob @ Pak Yusof. Agak kuat juga signal yang dapat saya terima hampir ke 10db dengan kadang2 kuat dan mengecil dan kembali kuat semula, seperti turun naik audionya, tetapi apapun itu adalah sekelumit cerita yang saya sampaikan untuk tatapan peminat radio HF. Tahniah Pak Yusof atas QSOnya, walaupun singkat, ianya amat bermakna. Nah ada satu lagi QSL kad diterima oleh saya datangnya dari Afrika Selatan, dikirimkan melalui eQSL. Thanks on your QSL card, from Mr Donovan Van Loggerenberg. Nice work with you on 10mtr band.Hope to work with you again on 10mtr band.

Vintage Ham radio stuff and collectors item







Bersua lagi kita , kali ini saya bawakan menu istimewa, yang mungkin agak sukar didapati dalam pasaran. Bagi yang sudah mengenali atau pernah bekerja menggunakan RF Power Meter jenama Bird, barangkali sudah tentu ingin mendapatkan element untuk membuatkan RF Power Meter tersebut berkendali, Nah disini saya sertakan sekali gambarnya.Harga boleh dirundingkan, berminat? Email pada malcon2@yahoo.com.my. Insyaallah, saya akan membalasnya kembali Seterusnya bagi yang memiliki collector item Manpack Radio PRC 25 atau PRC 77, bolehlah mendapatkan bateri pack original. Diperbuat dari bahan berasaskan kertas dan logam Magnesium. Bateri ini tidak boleh dicaskan semula. Masih dalam keadaan baru serta masih mempunyai bekalan kuasa. Berminat mendapatkannya? Email kepada malcon2@yahoo.com.my

Repeater Interface Untuk Motorola GM300/SM50/SM 120






Assalamualaikum, kali ini saya bawakan satu lagi info yang agak menarik. Pernah mendengar atau cuba untuk membuat sendiri Repeater Interface? Disini ada Interface yg paling mudah dan murah,hanya dengan mengabungkan dua rig Motorola samada GM300/SM50/SM120 dan seterusnya hanya programkan kedua-duanya agar dapat berfungsi sebagai Rx radio dan Tx radio. Jika berminat boleh hubungi saya melalui Email : malcon2@yahoo.com.my

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


DENGAN INGATAN TULUS DAN IKHLAS DARI 9W2MZY

Assalamualaikum, salam sejahtera pada semua, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada semua warga Ham/Amatur Radio di mana jua berada. Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf ,zahir dan batin diantara kita. Buat warga Ham/Amatur yg pulang berhari raya di kampung, diharap memandu dengan selamat dan sampai ke kampung halaman dengan selamat. Selamat Hari Raya Aidifitri.

Tuesday, September 16, 2008

I'm Back!

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua warga Ham radio, rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Rama'dhan Al Mubarak . Setelah lama menghilang kini kita bersua lagi di ruangan blog , khusus bagi pengemar Radio Komunikasi Dua Hala. Tahniah, diucapkan kepada warga Ham baru, yang telah pun lulus R.A.E lepas, mungkin ada diantara mereka sudah pun berkomunikasi di Jalur Amatur, yang masih belum mendapat AA, harap bersabar.

Ini adalah coretan pembukaan, manakala, bila ada lagi masa yang terluang, akan saya updatekan lagi di masa depan.
p/s: Kalau ada sesiapa yang ada info ttg radio transmitter lama, nak jual atau restorasi, email kepada malcon2@yahoo.com.my. Nak repair/upgrade pc juga dialu - alukan.

Wednesday, July 9, 2008

Yagi 10Mtr band

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada rakan semua. Hari nie setelah sekian lama menunggu,akhirnya berjaya juga menaikkan antenna Yagi 10mtr homebrew. Besar gedabak juga Antenna nie,tetapi ini mungkin kali pertama aku ingin pula mencuba kelainan didalam penggunaan antenna, dan nak tengok keberkesanan dan juga keupayaan antenna nie bekerja. Mungkin ini adalah hasil kerjaku yang terakhir untuk tahun nie kut, maklumlah, tak lama lagi aku mulai mengikuti kursus, Teknikal Komunikasi Gred 2, bermula pada tanggal 14hb Julai ini hingga 12hb Sept. (Bulan puasa lak tuh)

Habis kursus tuh, berdebar lak menunggu keputusan peperiksaan final, tak lulus......bermakna takde ler kenaikan dalam elaun, kena ulang semula.......harap2 lulus ler.

Cuma yang agak janggal tentang antenna yagi nie, kalau secara serius, perlukan Rotator/pemutar yang akan mengerakkan antenna itu berputar mencari arah untuk pemancaran, akan tetapi , masih belum berkesempatan mendapatkan satu antenna rotator, barangkali perancangan tahun hadapan ,hehehehehehe. Ttg gambar yagi yg aku siap assembly, mungkin akan diupdated tak lama lagi.Ok, diharapkan rakan-rakan yg telah menduduki peperiksaan radio amatur yg lepas, lulus dan mendapat callsign amatur yg diidamkan, semoga berpanjangan hobi ini dan cuba mengeksplorasi setiap ruang yg ada didalam radio amatur. Cheriooo, 73 semua. Jumpa lagiiii!!!

Wednesday, July 2, 2008

e QSL


Thanks Mr Joel E. Chalmes for our contact on 10mtr band, Receiving you 5/9. Hope to work with you again on 10mtr band. Thanks, 73, Cheriooo.

Wednesday, June 11, 2008

Vintage RCI-1500 Ranger



Salam, Here another Vintage Radio, probably VHF radio's, but no identification about what band would it be operating, VHF highband or lowband. I never seen this set before, and maybe the programming for this radio still using "EPROM". This technology are too old now, and maybe it will be difficult to programming this radio, also the programmer for this EPROM IC. Here the picture of this radio.Anyone who have info can share the information. Thanks to all, best regards , 73's

Saturday, May 17, 2008

Motorola Rig




Salam, to all ham friend. Do anyone recognised this mobile rig, probably "Radius" model, and what model number would be for this model. I got a clue here, that on the final amplifier heatsink, that only have 5pin connector, not like the newer model like GM300 or M120 that have a 16pin connector.Hope to hear anyone who knows what model no for this rig. Please let me know, and share the information, regarding older rig and vintage radios. Wassalam, 73's

Friday, May 16, 2008

Bungkusan Misteri dari Ebay.com.my





Hari yg paling menyeronokan, Apa tidaknya barangan yang ditunggu sudah tiba. Package pertama tiba pada hari Sabtu 10hb dan yang keduanya pula tiba 15hb, lima hari kemudiannya. Misteri Nusantara!!!!

Sunday, May 11, 2008

Bungkusan dari Jauh


Bersua lagi kita di arena blogger nie, Sekian lama menunggu, akhirnya ia tiba jua.Insyaallah, setelah siap semuanya akan saya sambung mengenai topik yang ditunggu2 selama nie. Jumpa lagi semua cheriooo
p/s maafkan saya, gambar kurang jelas.