www.hrdlog.net

Friday, May 8, 2009

144Mhz FoxHunt Transmitter

Salam semua. Semasa mengemas shack yang dah lama tak dikemaskini,hehehehehe, terjumpa pula ngan salah satu projek yang agak lama tersimpan, asyik KIV jer, lama-kelamaan terus tak ingat letak dimana.Ya, nilah dia 144Mhz FoxHunt Transmitter, idea dan konsep dari seorang rakan Ham yang tak lokek dengan ilmu, 9W2BSR. Saya dapat menghasilkan papan litar ini, dengan kebenaran rakan ini dari website beliau. Jika ada rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah melawat laman web beliau, http://www.9w2bsr.com.

Ini gambar projek terbengkalai, tapi akan disiapkan dalam masa terdekat,HiHi....!


Wednesday, May 6, 2009

Layan Karaoke........

Ahhhhhh, baru jer sampai ke tempat tugas, satu assignment menunggu mangsanya,hehehehehe. Ingatkan tak kena, rupanya, satu majlis bukan formal,terpaksa ku lakukan,Walaupun pada mulanya,teman agak keberatan, tapi akhirnya terpaksa mengalah jua. Sesi berkaraoke,walaupun bukan teman yang nak berkaraoke, tapi tetamu yang hadir di majlis tersebut berkaraoke, teman pula sebagai tukang jaga Sistem PA Karaoke,bersama dua teman sekerja, turut terhibur melihatkan gelagat tetamu yang hadir di majlis tersebut. Walaupun penat, tetapi kami turut terhibur.......


Nie gambar teman bersama rakan dengan hensemnya menjadi Tukang Jaga PA System untuk majlis tersebut.Kuikuikuikuikui,padan muka aku.....

Ntahapeapentah!!!!!

Assalamualaikum,aku tengah ketandusan idea, aper nak ku buat,nak cerita ttg Ham nie, dah takde ape ape idea, nak ku kongsi.Apapun,seronok juga akhirnya aku dapat mengunjungi rakan-rakan radio yang berada di kawasan Kuala Selangor yang juga rakan SCS Communication & Sport. Salah seorang nie, yang menetap di Jeram , Sg Buloh,Jalan Kapar Kuala Selangor dan seorang lagi juga di Jeram. Tak lain tak bukan SC3 SB @ 9W2SBF dan SC3 MZ @ 9W2RMZ. Insyallah,jasa kalian tetap segar dalam ingatan teman, walaupun kunjunganku bukan dalam perancangan, tetapi layanan yang diberikan pada teman sekeluarga, meninggalkan kesan mendalam bagi teman sekeluarga.Terharu,itulah ungkapan yang teman boleh nyatakan.
Insyallah, jika diizinkan Allah,biarkan persahabatan ini terjalin selamanya dan dirahmati olehNya.Amin.

Gambar tak sempat nak ambil,insyaallah, diizinkan Allah, dapat lagi bertemu, dengan persediaan rapi.....

Friday, April 17, 2009

APRS siap beroperasi




Aduh, hampir seminggu berkampung di Pelangai,daerah Bentong Pahang atas tugasan,sempena perasmian pecah tanah projek Pusat Latihan Ketenteraman Awam (PULKA) Ahhhhh, Kini APRS ku sudah beroperasi sepenuhnya, dan tak ku lupakan jasa baik rakan,yg banyak menunjuk ajar setup dan konfigurasi APRS. Gambar menunjukkan APRS Tiny Track dan juga GPS Byonics model GPS2, compact dan berat sedikit. Itu sedikit sebanyak info yang boleh ku sampaikan buat rakan2. Cheriooo, 73 Wasalam.

Monday, March 2, 2009

Fontek FM2502 Mods





Apa khabar dan Assalamualaikum kepada pengunjung setia blog yang tak seberapa nie. Kali ini saya bawakan satu lagi info menarik untuk dikongsi bersama, Ya, jenis Rig yang jarang dijumpai, Fontek FM2502, spesifikasinya belum lagi diperolehi, tetapi menurut empunya , Rig ini berkendali dijulat Frekuensi VHF, Jika ada dikalangan anda yang tahu atau mempunyai sebarang info ttg Rig ini, boleh hantarkan komen anda, @ info yang anda tahu supaya kita sama2 berkongsi pengetahuan . Yang agak menarik tentang Rig ini, cara untuk mendapatkan Frekuensi Tx dan juga Rx, ianya boleh dilakukan dengan mengubah kedudukan Diode Matrik di atas satu papan litar yang mana dengan kaedah tersebut akan dapat menghasilkan Frekuensi yg sesuai untuk digunakan semasa Tx dan Rx. Ini pastinya sesuatu yang agak menarik jika kita dapat mengubah suai kedudukan Diode tersebut agar dapat menetapkan frekuensi yang sesuai untuk digunakan. Harapan saya agar ada dikalangan pengemar Rig lama , sudi berkongsi pengetahuan sesama kita. Jumpa lagi , 73 Wassalam

Friday, January 23, 2009

11mtr band QSL Card




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini tiada yg istimewa hanya propagasi di 10mtr agak suram jika dibandingkan dengan 11mtr band yang kebelakangan ini rancak di International Calling Channel 27.555Mhz.
Kali ini QSL Card nie datangnya dari Benua Australia, di salah satu kawasan persisiran pantai, hampir 800Km jaraknya dari pusat bandar Adelaide.

Thanks Brian on the QSL Card you sent it. I will reply as soon as possible. Hope working on 11mtr again with you. Best regards to you and your family.73

Monday, November 24, 2008




Salam, rakan rakan Amatur sekalian. Lama jua saya tak update /kemaskini blog saya nie. Ahhh, sebelum terlupa, semasa sesi eyeball bersama rakan Amatur, saya terlihat sesuatu, barangkali agak menarik juga jika dikomersilkan, bukan untuk mencari untung, tetapi ianya amat berguna sekali. Mungkin ada yg sudah memiliki, tetapi bagaimana dengan rakan yang lain. Nah, mari kita lihat gambar yang saya sediakan , tidak seberapa ini.

Ini pun atas idea rakan amatur kita, barangkali, ianya tak seberapa , tapi terpulang pada sekalian rakan, jika nak memilikinya, sila hubungi saya di malcon2@yahoo.com.my @ ditalian 019 3505263.

Monday, November 3, 2008

My New Interest



Mencuba sesuatu yang baru.......P1 WiMax.....Tidak ketinggalan dunia ICT.

Sunday, October 19, 2008

Local Propagation on 10mtr Band


Assalamualaikum, buat penggemar radio HF yg beroperasi di 10mtr band, Dua minggu sudah, propogasi semakin baik untuk membolehkan rakan rakan lokal dapat beroperasi di 10mtr band. Bagi saya yang juga meminati komunikasi di 10mtr band untuk kesekian kalinya saya dapat bekerja dengan satu lokal station dari Sabah. Beliau adalah 9W6SUE, atau lebih mesra dengan panggilan Bob @ Pak Yusof. Agak kuat juga signal yang dapat saya terima hampir ke 10db dengan kadang2 kuat dan mengecil dan kembali kuat semula, seperti turun naik audionya, tetapi apapun itu adalah sekelumit cerita yang saya sampaikan untuk tatapan peminat radio HF. Tahniah Pak Yusof atas QSOnya, walaupun singkat, ianya amat bermakna. Nah ada satu lagi QSL kad diterima oleh saya datangnya dari Afrika Selatan, dikirimkan melalui eQSL. Thanks on your QSL card, from Mr Donovan Van Loggerenberg. Nice work with you on 10mtr band.Hope to work with you again on 10mtr band.

Vintage Ham radio stuff and collectors item







Bersua lagi kita , kali ini saya bawakan menu istimewa, yang mungkin agak sukar didapati dalam pasaran. Bagi yang sudah mengenali atau pernah bekerja menggunakan RF Power Meter jenama Bird, barangkali sudah tentu ingin mendapatkan element untuk membuatkan RF Power Meter tersebut berkendali, Nah disini saya sertakan sekali gambarnya.Harga boleh dirundingkan, berminat? Email pada malcon2@yahoo.com.my. Insyaallah, saya akan membalasnya kembali Seterusnya bagi yang memiliki collector item Manpack Radio PRC 25 atau PRC 77, bolehlah mendapatkan bateri pack original. Diperbuat dari bahan berasaskan kertas dan logam Magnesium. Bateri ini tidak boleh dicaskan semula. Masih dalam keadaan baru serta masih mempunyai bekalan kuasa. Berminat mendapatkannya? Email kepada malcon2@yahoo.com.my

Repeater Interface Untuk Motorola GM300/SM50/SM 120






Assalamualaikum, kali ini saya bawakan satu lagi info yang agak menarik. Pernah mendengar atau cuba untuk membuat sendiri Repeater Interface? Disini ada Interface yg paling mudah dan murah,hanya dengan mengabungkan dua rig Motorola samada GM300/SM50/SM120 dan seterusnya hanya programkan kedua-duanya agar dapat berfungsi sebagai Rx radio dan Tx radio. Jika berminat boleh hubungi saya melalui Email : malcon2@yahoo.com.my