www.hrdlog.net
Wednesday, April 23, 2008
Perbezaan antara AM & SSB
Assalamualaikum semua, kembali lagi saya ke arena blogger nie membawa satu informasi yang agak sukar dejelaskan disini, akan tetapi inilah sebenarnya yang terjadi/berlaku semasa anda tune kepada satu2nya frekuensi station radio penyiaran AM atau AM broadcasting station frequency. Dimana setiap frekuensi yg terhampir dengan centre frekuensi oleh AM station broadcast tadi, anda akan dapat mendengar siaran tersebut semakin lama, semakin kuat. Ini menunjukkan anda telah dapat menala frekuensi AM broadcast itu dengan semakin tepat/hampir dengan centre frekuensi AM broadcast tersebut. Digambarajah yg saya lampirkan itu, di garisan tengah bertanda
(0) itu menunjukkan centre frekuensi sesuatu frekuensi station pemancar AM, dan disisinya itu pula adalah jalur sisi atau sideband bagi sesuatu frekuensi station pemancar AM, jadi ini adalah untuk sistem penyiaran AM, manakala bagi penerimaan SSB atau Single Side Band pula , freq tadi akan diproses pada suatu litar didalam radio pemancar/penerima SSB dan menukarkan frekuensi tersebut pada setiap satu jalur sisi tadi, yakni sebelah kiri gambarajah utama itu menunjukkan jalur sisi/USB atau Upper Side Band manakala sebelah kiri jalur sisi itu pula ialah LSB atau Lower Side Band untuk bekerja mengikut mode pilihan kita. Jadi bagi sistem penyiaran SSB, dengan adanya litar pengasingan atau penukar tadi akan membolehkan anda dapat menjimatkan ruang frekuensi tadi dengan dapat menggunakan satu frekuensi yg sama cuma , terbahagi kepada dua jalur sisi, yang membolehkan anda dapat menggunakan dua jalur sisi berbeza untuk memancar dan menerima, iaitu antara USB & LSB pada freq yg sama,dan pada waktu yg sama. Lihat pada rajah yg sama tapi dalam sistem SSB hanya jalur sisi tunggal yg mana signal tadi diterima manakala sebahagian tadi telah disingkirkan, jadi hanya pada salah satu jalur sisi yang dapat anda menerima atau memancar pada suatu freq berbanding AM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bro Zaiful,
Sebagai tambahan bagi pemahaman.
http://www.angelfire.com/electronic/funwithtubes/Basics_06_Mod.html
Post a Comment