www.hrdlog.net

Saturday, August 22, 2009

Servicing MFJ 949E




salam semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan ham dimana jua berada. Posting kali ini tiada apa2 yang menarik yang ingin disampaikan, cuma aktiviti sepanjang dua minggu sudah, disamping kesibukan tugasan harian, sementelah lagi, baru ditugaskan dengan tugasan yang amat mencabar. kali ini saya telah diberi amanah untuk menjaga dan juga mengemaskini sistem PABX, lokasinya tak perlulah saya ceritakan disini,hehehehehehe.Berbalik pada tajuk awal, apapun saya agak muskil pada mulanya , setelah diberitahu oleh tuan punya MFJ 949E ada mengalami masalah, tiada sebarang bacaan RF Power Output mahupun RF Reflected Power, pada panel meter tersebut. hasil kajian dan juga pertanyaan lanjut dari pemilik terbukti sangkaan awalnya panel meter tersebut gagal berfungsi, rupanya ada komponen yang telah mengalami kerosakan. Mustahil juga, bagaimana alatan yang sebegini boleh alami kerosakan, adakah kerana kecuaian pengguna atau kesilapan pada setting up equipment, banyak persoalan menerjah ke minda. walau bagaimanapun, gantiannya sudah siap , masih belum sempat diuji cuba, :-)