www.hrdlog.net

Sunday, September 19, 2010

CB Radio Cobra 29 XLR

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2 pembaca setia blog ini. Tiada cerita atau info menarik yang ingin disampaikan , cuma kali ini saya cuba membawa kalian semua ke sudut komunikasi yang semakin dipandang sepi. CB radio @ Citizen Band Radio dan juga slang rakan2 radio terdahulu memanggil Cerek Buruk, sebelum diwartakan sebagai Radio Jalur Rakyat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia @ Malaysian Communication and Multimedia Commission. Kenapa ianya dipandang sepi, hmmm, barangkali mungkin ramai diantara kita tidak sedar akan kewujudannya atau juga mungkin ramai diantara pengemar radio dua hala lebih didedahkan kepada radio dua hala berkendali di frekuensi VHF dan juga UHF. Sedangkan radio ini dibenarkan beroperasi di jalur HF , iaitu pada frekuensi 27 Mhz secara percuma tanpa sebarang lesen atau surat izin dari pemerintah ( Lesen @ AA). Walaupun kuasa pemancaran yang kecil diperuntukkan seperti termaktub didalam Warta tersebut, untuk mode SSB kuasa yang diperuntukkan hanyalah 12Watt dan untuk mode AM / FM hanya 4Watt saja yang dibenarkan .

Tetapi cabaran pengoperasian radio ini cukup mencabar , terutama mencuba seberapa jauh yang mungkin hanya dengan kuasa yang kecil ,juga propogasi yang banyak membantu dan mencuba pelbagai jenis antenna yang berkendali di frekuensi tersebut. Walaupun dimasa itu masih lagi cetek ilmu tentang propagasi dan juga lain lain ilmu berkaitan pemancaran gelombang radio, kadar kehilangan kuasa dalam feeder cable dan juga cara membaca Forward Power / Reflected Power RF dan bermacam lagi, kami berasa bertuah kerana ada insan yang begitu bermurah hati menunjukkan cara dan juga mengajar kami mengenali apa itu Radio Transceiver , Antenna dan bermacam macam lagi berkaitan radio.



Jadi, kami masih lagi mendalami ilmu berkaitan radio dan juga kriteria antenna dan juga corak propagasi terutama band yang diperuntukkan kepada kami, biarpun hanya berkendali di 10mtr dan juga 6mtr, tetapi semangat pembelajaran yang berterusan, akan membuatkan kami terus bersemangat, mencuba dan memahami apa itu komunikasi radio yang sebenar. 73!

p/s, radio CB koleksi penulis , COBRA 29 XLR.