www.hrdlog.net

Friday, May 22, 2009

Ntahapeapentah......??!!!!




Ahhhhh, penat dengan tugasan yang begitu banyak, hujung minggu yang mana propagasi di 10mtr agak kurang baik, dapat juga melayan minda dengan rekreasi yang bukan begitu ramai meminatinya......apalagi layan Sony Playstation 3 dan PSP Playstation Portable....maklumler, PS3 nie, mmg power tapi......CDnya,nasiblah ada juga rakan yang sama meminati rekreasi cara nie, sudi meminjamkan CDnyer.Apalagi Layan beb. Ntah apa punyer game belasah jer, Medal Of Honor, Valkyrie Profile : Lenneth , Need for Speed,Valkyria Chronicles dan banyak lagi.Tentang PSP nie, hmmm, kekok juga sebab kecik, kekadang tue layan Internet guna PSP , ada support WiFi, so kat umah pun upgrade WiFi Network. Kecil tapi menyengat,tu jer yang boleh kukatakan, ok layan beb, jumpa lagi 73........

Friday, May 8, 2009

144Mhz FoxHunt Transmitter

Salam semua. Semasa mengemas shack yang dah lama tak dikemaskini,hehehehehe, terjumpa pula ngan salah satu projek yang agak lama tersimpan, asyik KIV jer, lama-kelamaan terus tak ingat letak dimana.Ya, nilah dia 144Mhz FoxHunt Transmitter, idea dan konsep dari seorang rakan Ham yang tak lokek dengan ilmu, 9W2BSR. Saya dapat menghasilkan papan litar ini, dengan kebenaran rakan ini dari website beliau. Jika ada rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah melawat laman web beliau, http://www.9w2bsr.com.

Ini gambar projek terbengkalai, tapi akan disiapkan dalam masa terdekat,HiHi....!


Wednesday, May 6, 2009

Layan Karaoke........

Ahhhhhh, baru jer sampai ke tempat tugas, satu assignment menunggu mangsanya,hehehehehe. Ingatkan tak kena, rupanya, satu majlis bukan formal,terpaksa ku lakukan,Walaupun pada mulanya,teman agak keberatan, tapi akhirnya terpaksa mengalah jua. Sesi berkaraoke,walaupun bukan teman yang nak berkaraoke, tapi tetamu yang hadir di majlis tersebut berkaraoke, teman pula sebagai tukang jaga Sistem PA Karaoke,bersama dua teman sekerja, turut terhibur melihatkan gelagat tetamu yang hadir di majlis tersebut. Walaupun penat, tetapi kami turut terhibur.......


Nie gambar teman bersama rakan dengan hensemnya menjadi Tukang Jaga PA System untuk majlis tersebut.Kuikuikuikuikui,padan muka aku.....

Ntahapeapentah!!!!!

Assalamualaikum,aku tengah ketandusan idea, aper nak ku buat,nak cerita ttg Ham nie, dah takde ape ape idea, nak ku kongsi.Apapun,seronok juga akhirnya aku dapat mengunjungi rakan-rakan radio yang berada di kawasan Kuala Selangor yang juga rakan SCS Communication & Sport. Salah seorang nie, yang menetap di Jeram , Sg Buloh,Jalan Kapar Kuala Selangor dan seorang lagi juga di Jeram. Tak lain tak bukan SC3 SB @ 9W2SBF dan SC3 MZ @ 9W2RMZ. Insyallah,jasa kalian tetap segar dalam ingatan teman, walaupun kunjunganku bukan dalam perancangan, tetapi layanan yang diberikan pada teman sekeluarga, meninggalkan kesan mendalam bagi teman sekeluarga.Terharu,itulah ungkapan yang teman boleh nyatakan.
Insyallah, jika diizinkan Allah,biarkan persahabatan ini terjalin selamanya dan dirahmati olehNya.Amin.

Gambar tak sempat nak ambil,insyaallah, diizinkan Allah, dapat lagi bertemu, dengan persediaan rapi.....